
Bakal jemaah haji diberi keutamaan terima vaksin COVID-19
PUTRAJAYA 29 Mac – Bakal jemaah haji Malaysia tahun ini akan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, apabila kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Bercakap dalam sidang media mengenai perkembangan program imunisasi COVID-19 di sini hari ini Khairy berkata, Tabung Haji akan mengemukakan senarai jemaah haji mengikut jadual setelah mendapat keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada jemaah haji jika ditetapkan sebagai wajib oleh kerajaan Arab Saudi.
“Apabila kita dapat ketetapan bahawa ia adalah wajib, kita akan bekerjasama dengan Tabung Haji untuk melihat kepada senarai yang diluluskan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini, supaya mereka diutamakan dalam pemberian vaksin,” katanya.
Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah, sebelum ini dilaporkan berkata vaksinasi Covid-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 2,000 TERIMA MANFAAT INISIATIF JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT
PENGKALAN BATU 27 September - Jualan Melaka Sayang Rakyat menjadi inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan bebanan kos perbelanjaan...
KAPAL BERSEJARAH SEBELUM MERDEKA BAKAL JADI PAMERAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 27 September - Sebuah kapal yang mempunyai nilai sejarah sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan bakal dibawa ke Melaka...
FIESTA RAKAN MUDA MELAKA HIDUPKAN KREATIVITI, BAKAT ANAK MUDA
AYER KEROH 27 September - Sebanyak 25 aktiviti disediakan pada Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung selama...
MPHTJ ANJUR LEBIH 30 GOTONG-ROYONG SETIAP BULAN
JASIN 27 September - Lebih 30 program gotong-royong dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap bulan sebagai usaha berterusan...
KLINIK CANTIQ BAWA MESEJ KECANTIKAN SELAMAT
PENGKALAN BATU 27 September - Masyarakat khususnya wanita diingatkan supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika mendapatkan rawatan atau prosedur kecantikan...
PASAR BESAR MELAKA SENTRAL BUKA PELUANG LEBIH LUAS UNTUK PENIAGA
PENGKALAN BATU 27 September - Cadangan pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral kini berada pada peringkat Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos...
