Bakul makanan bantu ringankan beban

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Kebajikan golongan tidak berkemampuan khususnya asnaf terus terbela apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.

Pihak yang bersama-sama membantu menyantuni golongan ini adalah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan kumpulan bermotosikal kuasa tinggi bersempena BLH Motor Charity Convoy To Cubprix.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, bantuan bakul makanan yang disumbangkan adalah bagi membantu asnaf menguruskan kehidupan harian.

“Untuk sumbangan kebajikan BLH Charity ini, seramai 30 asnaf dalam kawasan pentadbiran MPHTJ dipilih menerima bakul makanan.

“Program ini bukan sahaja untuk membantu meringankan beban malah merapatkan merapatkan jurang sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim,” katanya.

Terdahulu, program BLH Motor Charity Convoy to Cubprix turut disertai Pengarah Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Taketoshi Takabayahshi dan Pengarah Urusan BLH-Ban Lee Motor Sdn. Bhd. Goh Chee Way.

Sapiah berkata, selain penyampaian bakul sumbangan, program yang turut disertai 350 peserta motosikal berkuasa tinggi itu dimeriahkan lagi dengan simbolik penanaman pokok di perkarangan Melaka Mall.

“Pokok-pokok ini disumbangkan oleh BLH-Ban Lee Motor Sdn. Bhd. ia secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan pihak swasta untuk berkolaborasi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya dalam keindahan serta keceriakan landskap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post FAM henti sementara program naturalisasi di peringkat kebangsaan
Next post Projek perumahan baharu Melaka perlu ada rumah serendah RM70,000
Ubah saiz-+=