
Balai raya dibaik pulih, jalan raya diturap untuk keselesaan
TELOK MAS 20 Julai – Pelbagai usaha dilakukan dalam langkah memberikan keselesaan kepada penduduk setempat untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman memaklumkan kerja-kerja baikpulih Balai Raya Taman Bukit Larang Indah sedang giat dijalankan.
Katanya, dewan terbuka di balai raya tersebut telah pun dinilai oleh Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Melaka Tengah.
“Selain itu, kerja-kerja menurap jalan di Kampung Pernu dan Taman seri Telok Mas Fasa 5 telah dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan laluan penghubung antara kampung dan taman terbabit,” katanya dalam dua hantaran berbeza di laman Facebook rasminya kelmarin.
Mengulas lanjut, Beliau turut meminta agar penduduk dan warga setempat untuk lebih berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
