Ban bakal selamatkan 10,000 penduduk Lubok China daripada ancaman banjir

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

LUBOK CHINA 10 Mei – Pembinaan ban dengan peruntukan lebih RM500,000 di sungai berdekatan Taman Wira Indah telah disiapkan sekali gus mampu mengatasi isu banjir yang berlaku di Lubok China.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, ban sedia ada sebelum ini pecah telah menjadi antara punca banjir besar berlaku pada Disember lalu meneggelamkan kediaman penduduk.

Jelasnya, ban yang siap dibina telah membawa perubahan ketara kepada kawasan berkenaan setelah ia disiapkan pada April lalu.

“Kita lihat ada perubahan ketara kerana bila hujan lebat dan air naik pada paras yang sama seperti sebelum ini tapi ia sudah tidak banjir lagi.

“Pembinaan ini telah menyelamatkan kira-kira lima buah perkampungan sekitar dengan kiraan hampir 10,000 penduduk di sekitar Lubok China,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, isu banjir merupakan perkara utama baginya untuk diselesaikan dan bersiap siaga dalam sebarang kemungkinan dihadapai di kawasan berkenaan.

Katanya, pembinaan yang melegakan penduduk itu akan diteruskan lagi ke kawasan Sungai Siput selepas ini.

“Kita akan membina pula lagi satu ban di Sungai Siput dalam masa terdekat ini di mana setakat ini kita masih dalam proses penawaran tender sedang dilaksanakan menerusi kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1795
Kongsi :
Previous post Jalan baharu Rim-Asahan bakal lonjak ekonomi
Next post Kes COVID-19 tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang – Dr Izani
Ubah saiz-+=