
Ban pecah, tujuh sekeluarga dipindahkan di Tanjong Karang
SHAH ALAM, 6 Nov — Tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang, awal pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan empat hingga 70 tahun itu dipindahkan ke rumah jiran.
“Seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja kami menerima panggilan kecemasan pada 4.07 pagi.
“Operasi pemindahan kemudiannya dilakukan bermula 5.25 pagi tadi melibatkan sebuah keluarga selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata keadaan kini terkawal dan limpahan air setinggi satu meter awal pagi tadi di sekitar pekan itu telah surut.
Katanya pihaknya kini sedang berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses pembaikan ban.
“Air menunjukkan tren penurunan bermula 6.13 pagi dan pemantauan oleh bomba masih dilakukan di kawasan sekitar untuk sebarang kemungkinan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MEDAN MUSYAWARAH RUNGKAI POLEMIK SEJARAH TANAH MELAYU
BANDARAYA MELAKA 23 September - Melaka bakal menjadi medan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai sejarah, identiti serta pembentukan negara menerusi...
HASN 2026: MPHTJ TERIMA PENGIKTIRAFAN PEMANGKIN BANDAR PINTAR, KEJIRANAN HIJAU
AYER KEROH 23 September – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima Anugerah Pemangkin Bandar Pintar dan Kejiranan Hijau sempena...
LEBIH 3,000 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM BERTUGAS JAMIN KELANCARAN PRN MELAKA
SERI BENDAHARA 23 September - Polis Kontinjen Melaka sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan seramai 3,150 pegawai dan...
PASAR MALAM TAMAN MAJU LEBIH TERATUR, BERSIH HASIL PEMANTUAN BERTERUSAN MPJ
JASIN 22 September – Usaha memastikan Pasar Malam Taman Maju kekal bersih, teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung diperkasa...
MELAKA CADANG WUJUD IPD HANG TUAH JAYA
SERI BENDAHARA 23 September - Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) baharu sebagai langkah memperkukuh aspek...
‘KUMPAU’ TAPI ‘TAPAU’ MOTOSIKAL DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 23 September - Niat mahu menjadi juara pertandingan memancing, namun tuah belum memihak Shahrizal Sharudin, 34, apabila gagal...
