
Banci Malaysia 2020 secara bersemuka ditangguhkan
PUTRAJAYA 21 Mei – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka yang sedang dijalankan di seluruh negara sehingga 30 Jun ini ditangguhkan ke suatu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil bagi menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun Banci Dalam Talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) masih diteruskan.
“Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon,” katanya.
Berdasarkan respons yang diterima sehingga kini, DOSM berkata seramai 19.2 juta atau 58.8 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020 telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.
Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat DOSM negeri berdekatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FIESTA RAKAN MUDA MELAKA HIDUPKAN KREATIVITI, BAKAT ANAK MUDA
AYER KEROH 27 September - Sebanyak 25 aktiviti disediakan pada Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung selama...
MPHTJ ANJUR LEBIH 30 GOTONG-ROYONG SETIAP BULAN
JASIN 27 September - Lebih 30 program gotong-royong dianjurkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap bulan sebagai usaha berterusan...
KLINIK CANTIQ BAWA MESEJ KECANTIKAN SELAMAT
PENGKALAN BATU 27 September - Masyarakat khususnya wanita diingatkan supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika mendapatkan rawatan atau prosedur kecantikan...
PASAR BESAR MELAKA SENTRAL BUKA PELUANG LEBIH LUAS UNTUK PENIAGA
PENGKALAN BATU 27 September - Cadangan pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral kini berada pada peringkat Kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos...
KERAJAAN SEMENTARA BUKAN ALASAN PERLAHANKAN LANGKAH LAKSANAKAN AMANAH RAKYAT
PENGKALAN BATU 27 September - Meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara rasmi 23 September lalu, tidak bermakna penyampaian...
IKHTIAR TOK RAUF BANTU PENIAGA PASAR BESAR BACHANG KEMBALI TERSENYUM
PENGKALAN BATU 27 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bukan sekadar menabur janji kerana komitmen beliau...

