Banjir: Hanya 2 pusat pemindahan masih beroperasi di Melaka

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 23 Dis – Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini masih dibuka dan menempatkan mangsa banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga jam 8 malam tadi, 10 PPS yang sebelum ini beroperasi ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman mereka.

“PPS yang masih dibuka adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di Jasin.

“Sehingga malam ini juga, jumlah mangsa terus menurun apabila hanya tinggal 114 berbanding 798 orang pada Ahad,” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China dan Taman Seri Bayu.

“Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kampung Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam.

“Manakala di Jasin pula, membabitkan Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Batu 16 Jasin dan Tehel,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2046
Kongsi :
Previous post PM arah agensi terlibat adakan sidang media harian Ops Banjir
Next post Mangsa banjir di 4 negeri menurun, Negeri Sembilan meningkat
Ubah saiz-+=