Banjir: ‘Kami sentiasa berjaga, risau tidur dalam air’ – penduduk Kg Morten

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PENGKALAN RAMA 2 Jan – Penduduk di Kampung Morten di sini menarik nafas lega sedikit berikutan air Sungai Melaka beransur surut tengah hari ini berbanding awal pagi tadi.

Seorang penduduk Saadiah Othman,52 berkata biarpun hujan dilihat kembali reda di kampung itu namun penduduk sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

“Tadi dalam jam 7 pagi semua air dah penuh dekat jalan-jalan Kampung Morten ini, ‘homestay’ yang mak cik jaga ni pun dah masuk air, tapi alhamdulillah dah surut sikit.

“Cumanya kami penduduk masih risau kalau hujan lebat lebih satu jam tanpa henti tak mustahil air Sungai Melaka ni melimpah semula.

“Memang kami tak senang duduk, sentiasa berjaga malam sebab risau bangun tidur dah dalam banjir,” katanya ketika ditemui MHI.

KEADAAN banjir di Kampung Morten mulai surut tengah hari ini.

Katanya bulan Disember sahaja sudah tiga kali kampung berkenaan dilanda banjir, namun penduduk hanya berserah dengan ketentuan itu.

“Kalau ikutkan hujan lebat tanpa henti, depan gerbang Kampung Morten ni pun dah tak boleh lalu.. banjir boleh cecah sampai paras lutut.

“Bagi rumah yang tinggi sikit boleh la simpan barang berharga, tapi yang rumah rendah memang kena reda sahaja.

“Apa pun makcik harap sangat hujan lebat di Melaka tidak berlarutan, risau mana yang anak anak-anak kecil semua,” katanya yang menetap di kampung lebih 50 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1287
Kongsi :
Previous post Melaka River Cruise masih tidak beroperasi
Next post Amaran hujan berterusan di Melaka dan beberapa negeri sehingga Selasa – MetMalaysia
Ubah saiz-+=