
Melaka River Cruise masih tidak beroperasi
BANDARAYA MELAKA 2 Jan – Perkhidmatan Melaka River Cruise di Sungai Melaka masih dihentikan operasi hari ini, kata Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
PPSPM dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan operasi untuk hari kedua berturut-turut itu adalah disebabkan paras air Sungai Melaka yang masih tinggi.
Ia juga dibuat berikutan arus deras dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
“Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi kami di talian 06-286 1530 (kaunter Taman Rempah) / 06-286 1531 (kaunter Muara Sungai),” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BEMBAN: WARGA EMAS BERSYUKUR, TIDAK LAGI TAKUT DENGAR GURUH DI LANGIT
BEMBAN 2 Julai - Permohonan membaiki pulih kerosakan rumah yang dimohon bertahun dapat diselesaikan dalam tempoh segera memberi sinar baharu...
PENJAJA ‘EYE ON MELAKA’ KINI SELESA DI TEMPAT BAHARU
AYER KEROH 2 Julai - Penjaja sebelum ini mencari rezeki sekitar Eye On Melaka, memberikan maklum balas positif selepas memulakan...
JKKN SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA @KOMUNITI
AYER KEROH 1 Julai - Kampung Bukit Larang, Telok Mas dan Ayer Molek, menjadi dua kampung di negeri ini yang...
MBMB SAMBUT BAIK SARANAN KETUA MENTERI JAGA KEBAJIKAN PENJAJA, PENIAGA KECIL
AYER KEROH 1 Julai - Penjaja dan peniaga kecil di beberapa tapak perniagaan yang terjejas akibat kejadian ribut 28 Jun...
MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
BEMBAN 1 Julai - Sebanyak empat kediaman selesai dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi inisiatif Baik Pulih Rumah...
PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA
DUYONG 1 Julai - Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan...