
Banjir kilat air kumbahan: Masalah dirujuk kepada MPJ, IWK
BEMBAN 21 Ogos – Masalah banjir kilat didakwa disebabkan limpahan air kumbahan membelenggu tiga penghuni kediaman di Taman Seroja Empat, Taman Maju, di sini, mendapat perhatian Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Mohd Raziff Yakop.
Mohd Raziff berkata, pihaknya akan mengenal pasti punca masalah berlarutan sejak hampir 20 tahun lalu itu sebelum mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Saya difahamkan kerja-kerja mengatasi masalah limpahan air kumbahan ini masih menunggu kelulusan peruntukan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Jadi saya harap peruntukan ini dapat disegerakan selain itu pada masa yang sama memikirkan cara untuk kurangkan limpahan air kumbahan setiap kali berlaku hujan lebat,” katanya.
Menurutnya, permasalahan itu juga akan dirujuk dan dibincangkan bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) selain Indah Water Kosortium Sdn Bhd (IWK).
“Dengan perjumpaan yang kita akan buat ini diharap akan dapat khabar baik untuk mereka yang terkesan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
