
Banjir kilat: enam keluarga dipindahkan ke PPS SK Merlimau
AYER KEROH 1 Nov. – Empat kawasan di Jasin dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira jam 5 pagi tadi yang berpunca dari hujan lebat dan limpahan air sungai di kawasan berdekatan.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, setakat jam 2 petang tadi semua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau.
“Banjir melibatkan enam keluarga iaitu 10 wanita dan enam lelaki.
“Kawasan dinaiki air membabitkan kawasan Paya Lengkong, Merlimau (lima rumah), Kilang Berapi (10 rumah), Merlimau Pasir (enam rumah) dan Umbai Pantai (sembilan rumah),” katanya.
Katanya, bagaimanapun setakat jam 2 petang tadi keadaan kembali cuaca cerah dan pasukan APM sedang membuat pantauan paras air dari semasa ke semasa.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA PERKASA MISI SELAMATKAN HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 27 Julai – Zoo Melaka terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan konservasi menerusi pelbagai inisiatif kesedaran bagi melindungi...
HARI LANDSKAP NEGARA ANTARA LEBIH 120 PROGRAM WARNAI WRUR DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Lebih 120 acara bakal mewarnai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DUN SERKAM JUARA KESELURUHAN SUKAN MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 27 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam muncul juara keseluruhan Sukan Melaka 2026, sekali gus menjulang Piala...
SUKAN MELAKA LAHIRKAN BAKAT BAHARU, MEDAN PEMANAS BADAN ATLET SUKMA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Seramai 492 atlet akan membawa nama Melaka pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor...
RM10 JUTA PERKASA INFRASTRUKTUR SUKAN MELAKA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan sukan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada serta membangunkan infrastruktur...
MPHTJ PERKASA BUDAYA TURUN PADANG, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN
AYER KEROH 26 Julai – Warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) digesa terus memperkukuhkan budaya turun padang, meningkatkan...
