Banjir : Mangsa meningkat kepada 1,122 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 Jan – Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,122 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan mendadak berbanding seramai 944 mangsa setakat jam 12 tengah malam.

Katanya setakat ini 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka membabitkan ketiga-tiga daerah di negeri ini.

“Jumlah mangsa banjir tertinggi buat masa ini dia di PPS SK Krubong dengan 279 mangsa, diikuti PPS SRA JAIM (228), PPS SMK Seri Pengkalan (162), PPS SK Taman Merdeka (158).

“PPS SK Belimbing Dalam melibatkan 135 mangsa manakala SMK Lubok China menempatkan 50 mangsa, PPS Balai Raya Gadek (33), PPS, PPS SK Parit Penghulu (32), PPS SK Alor Gajah (20),PPS SK Durian Tunggal (19) dan PPS Surau Kampung Jeram (6),” katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 11 kawasan terjejas di kawasan Alor Gajah, tiga di daerah Jasin dan lima di Melaka Tengah.

“Kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Telok Berembang.

“Turut terjejas Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1331
Kongsi :
Previous post Banjir: Lebih banyak pusat pemindahan dibuka di Melaka
Next post Banjir: Bomba pindahkan dua keluarga di Sungai Rambai
Ubah saiz-+=