
BANJIR: PPS DIBUKA DI SK PARIT PENGHULU
SUNGAI RAMBAI 29 Disember – Hujan lebat yang melanda selatan Melaka sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Jasin dinaiki air.
Antara yang terjejas adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai iaitu membabitkan dua buah kampung.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata dua kawasan yang terjejas adalah Kampung Parit Perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng.
Susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
“Buat masa ini, mangsa banjir terlibat sedang dalam proses pendaftaran di PPS berkenaan,” kata kenyataan sekretariat berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
MELAKA LAKSANA HUKUMAN TEGAS BAGI KES JENAYAH SYARIAH
PENGKALAN BATU 3 Julai - Pesalah jenayah syariah di Negeri Melaka bakal berdepan hukuman lebih tegas menerusi penguatkuasaan semua bentuk...
BERMULA GAJI RM150, KINI GURU JAIM BUKAN LAGI PENDIDIK ‘KELAS KEDUA’ – TOKOH GURU
BANDA HILIR 3 Julai - Bermula dengan gaji cuma RM150 sebulan ketika mula berkhidmat pada 1985, penerima Tokoh Guru Jabatan...
‘SINGA’, ‘NAGA’ KINI SIMBOL PERPADUAN
KESIDANG 3 Julai - Tarian singa dan naga yang suatu ketika dahulu sinonim dengan kaum Cina kini telah menjadi simbol...
KERESAHAN DIAMI RUMAH UZUR BERAKHIR SELEPAS EMPAT DEKAD
SERKAM 3 Julai - Selepas lebih empat dekad mendiami rumah uzur dengan dinding merekah dan bumbung bocor, pasangan warga emas...
