Banjir: Terima kasih Abang Azwan!

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MELAKA 20 Dis – Berbekalkan sebuah kereta, seorang lelaki dari bandar ini sanggup memandu sejauh 156 kilometer membawa bot miliknya demi membantu mangsa banjir di Shah Alam, Selangor.

Perkara itu dikongsikan pengguna sosial sehingga gambarnya bersama kereta bersama bot tular di media sosial.

Dia yang dikenali dengan nama Abang Azwan dalam media sosial mendapat pujian pengguna sosial yang sanggup membawa bot menggunakan kereta bersaiz kecil ke Shah Alam, Selangor.

Seorang pengguna yang menggunakan nama Acid Acit berkata, dengan menaiki sebuah PERODUA Viva, lelaki berkenaan membawa botnya dari Melaka terus ke Shah Alah dengan hasrat supaya botnya digunakan bagi membantu mangsa banjir.

Menurutnya, atas sifat kemanusiaan, lelaki dikenali Azwan itu sanggup meredah banjir menggunakan aset peribadi untuk menghulurkan bantuan.

“Abang Azwan ini bukan sesiapa,hanyalah insan biasa dari Melaka yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi untuk meringankan sedikit beban sahabat-sahabat yang sedang yang sedang menimpa musibah di Lembah Klang.

“Siapa yang mengenali Abang Azwan dari Melaka ini mohon sampaikan ucapan penghargaan dan tahniah dari kami seluruh warga Melaka dan Malaysia atas bantuan yang dihulurkan.

“Semoaga Abang Azwan diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya,” tulisnya.

Sementara itu, pemilik akaun menggunakan nama Faz Ghazaly berkata, Azwan datang dari negeri ini dengan membawa bot sendiri dan turun ke Shah Alam pagi ini bagi membantu mangsa terkandas di Taman Sri Muda.

“Kalau ada sesiapa yang berhajat nak beri sumbangan duit minyak bot atau perlukan khidmat beliau boleh hubunginya,”tulisnya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

996
Kongsi :
Previous post Harimau Malaya bergelut dengan permainan intensiti tinggi Indonesia – Cheng Hoe
Next post Seorang cedera, 4 rumah rosak kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala
Ubah saiz-+=