Sorting by

×

Bank sejarah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

BANDARAYA MELAKA 21 Oktober – Bangunan lama HSBC ini yang terletak di Jalan Kota adalah merupakan sebuah bangunan dari era zaman British yang dibina khas sebagai sebuah bank sekitar tahun 1912.

Bangunan ini menempatkan operasi Jabatan Warisan Negara Zon Selatan dan Galeri Warisan yang turut mempamerkan penemuan hasil penyelidikan jajaran tembok Kota Melaka.

Kajian, penyelidikan dan pembangunan semula Kota Melaka telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara bermula seawal 2007 hingga 2012.

BANK SEJARAH MELAKA 8
KOLEKSI syiling dan mata wang lama. Foto MR AZLI

Objektif utamanya adalah bagi menemukan bukti-bukti peninggalan sejarah yang berusia hampir 500 tahun.

Ekskavasi arkeologi telah dilakukan bagi merungkai kembali sejarah yang pernah terkandung di bumi Melaka, Tapak Warisan Dunia.

Hasil kajian yang dijalankan membantu memperkayakan lagi data maklumat terperinci mengenai Kota Melaka sehingga menjurus kepada pembinaan semula salah sebuah kubu Kota Melaka yang sangat penting iaitu Bastion Middleburg.

BANK SEJARAH MELAKA 13
REPLIKA kapal lama turut dipamerkan. Foto MR AZLI

Kini bangunan ini bukan sahaja berfungsi sebagai Pejabat Zon Selatan Jabatan Warisan Negara yang merangkumi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, tetapi juga berfungsi sebagai galeri pameran yang mempersembahkan perincian hasil penyelidikan Warisan Kota Melaka yang ditemui.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4429
Kongsi :
Previous post MATTA Fair Melaka 2023 kutip RM12 juta
Next post Kitar semula dekati masyarakat
Ubah saiz-+=