Bantuan MAIM bantu persiapan sambut Aidiladha

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KESIDANG 12 Jun – “Syukur tidak terhingga ada rezeki untuk kami untuk berbelanja sempena raya haji,” kata saudara baru Nur Evanatasya Rosalan, 22.

Nur Evanatasya dari Kampung Orang Asli Lubok Bandung, Jasin antara 2,200 penerima yang menerima Bantuan Aidiladha Mualaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tahun 11445H.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan MAIM berjumlah RM300 itu banyak membantu dia dan keluarga dalam membuat persiapan menyambut Aidiladha yang akan tiba.

“Memang tidak sangka akan dapat bantuan untuk Aidiladha selepas dimaklumkan kami akan dibawa ke Kompleks Darul Huda, Balai Islam, memang teruja.

“Bantuan yang diterima ini banyak membantu sekurang-kurangnya dapat membeli keperluan termasuk lauk-pauk untuk dijadikan juadah raya,” katanya.

Dia ditemui selepas Majlis Pelancaran Dan Penyampaian Bantuan Aidiladha Kepada Asnaf Fakir, Miskin Dan Mualaf Majlis Agama Islam Melaka Tahun 11445H, di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, pada Ahad.

Terdahulu majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Rosli Abdullah dan turut dihadiri Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Pegawai Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Nur Evanatasya berkata, sebagai saudara baru dia amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan MAIM dalam menjaga kebajikan mualaf.

“Selain daripada segi bantuan, MAIM sentiasa mengambil berat dan membimbing mereka yang baru memeluk Islam dengan menganjurkan kelas Agama.

“Saya terlebih dahulu memeluk Islam tetapi emak hujung tahun lepas dan Alhamdulillah emak menunjukkan banyak perubahan termasuklah dari segi penampilan diri selepas mengikuti kelas agama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

265
Kongsi :
Previous post Pemandu MBMB maut, pekerja SWM parah dalam nahas dua motosikal
Next post Anak muda seronok ke Pameran Hang Tuah
Ubah saiz-+=