Bantuan RM3,000 kepada agensi pelancongan berdaftar

Masa Membaca:53 Saat

PUTRAJAYA 28 Jun – Bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada agensi pelancongan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion yang diumumkan hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar di seluruh negara.

Jelasnya, bantuan itu akan diagihkan apabila negara beralih ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelak.

“Sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

“Sebagai pendorong atau ‘kick-start’, apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN kelak, kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat berkaitan pelancongan.

Selain itu, jelasnya pengendali hotel juga bakal dikecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan sehingga akhir tahun ini.

“Seterusnya, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post Moratorium enam bulan kepada semua peminjam
Next post Bantuan PSU 4.0, tiada had gaji ditetapkan
Ubah saiz-+=