Bantuan untuk B40 memang wajar

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 2 Jun – Walaupun tidak menerima manfaat seperti golongan B40, namun golongan M40 bersyukur masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap untuk menyara seisi keluarga ketika negara kini ‘berperang’ menentang COVID-19.

Penjawat awam Mohd Zulfikri Lukman, 35, berkata, biarpun sedikit terkesan dengan situasi semasa ekonomi sejak pandemik melanda, namun dia bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan.

MOHD Zulfikri.

“Dalam waktu yang genting ni, biarlah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) ini betul-betul sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Potongan elaun penjawat awam juga adalah satu inisiatif tepat dalam usaha sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Bagi Fatimah Abdul Rahman, 46, turut meluahkan perkara yang sama supaya bantuan itu difokuskan kepada golongan B40 terlebih dahulu.

FATIMAH.

“Pada pendapat saya lebih elok fokus kepada golongan B40…kita ni masih boleh uruskan lagi perbelanjaan walaupun ada sedikit potongan elaun.

“Sekarang pun kita Bekerja Dari Rumah (BDR) jadi dekat sini pun dah ‘cut cost’ sikit, anak pun ikut Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), yang (menuntut) universiti pun secara atas talian juga.

“Jadi kita kena bersyukur, biarlah bantuan ini untuk (pihak) yang benar-benar terkesan asalkan ‘lockdown’ ni boleh dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

ROHANA.

Sementara itu, Rohana Ibrahim, 47, turut reda dan berpesan kepada golongan M40 yang lain supaya bijak dalam menguruskan perbelanjaan.

“Gaji kena potong pun sikit saja, tapi dengan cara ini lah kita bantu kerajaan, kita tak mampu hendak tolong benda yang lain sebab itu kita tolong daripada segi ini.

“Bagi saya, memang layak golongan B40 dapat (bantuan) sebab mereka lebih terkesan sepanjang pandemik COVID-19 ini melanda negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1547
Kongsi :
Previous post ‘Ngengayau’ lah lagi! Hari pertama ‘total lockdown’ dah 24 kompaun
Next post COVID: 7,703 kes baharu dilaporkan hari ini- KP Kesihatan
Ubah saiz-+=