Barangan keperluan asas mencukupi menjelang Ramadan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KUALA SUNGAI BARU 10 April. – Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas mencukupi di negeri ini dan tiada catuan terutama sepanjang Ramadan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, kesemua barangan keperluan asas masih cukup dibekalkan kepada pengguna dan pemantauan berkala akan dilaksanakan pihak berkuasa bagi memastikan ia terus berada dalam pasaran.

SULAIMAN melawat gerai jualan yang menyertai Karnival Jualan Harga Patut KPDNHEP peringkat negeri di Jalan Kuala Jaya 1, Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

“Kita jamin tiada isu bekalan makanan dan sumber keperluan asas semuanya mencukupi di negeri ini terutama bagi menyambut Ramadan ini.

“Rakyat semua tak perlu risau kerana penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemantauan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Karnival Jualan Harga Patut KPDNHEP peringkat negeri di Jalan Kuala Jaya 1, Kuala Sungai Baru, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Manusia, Datuk Wira Ar. Ismail Othman.

Sulaiman berkata Karnival Jualan Harga Patut itu akan terus dilaksanakan di negeri ini secara berperingkat mengikut daerah pada pertengahan dan suku akhir tahun ini.

Katanya, program menerusi inisiatif KPDNHEP Melaka itu dapat membantu usahawan tempatan untuk terus kekal berdaya saing dalam mencapai cabaran ekonomi semasa.

“Karnival ini menawarkan barangan keperluan pada kadar harga lebih rendah tanpa menjejaskan rantaian bekalan, sekali gus meringankan kos perbelanjaan isi rumah terutama dalam menyambut Ramadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

408
Kongsi :
Previous post Agong hantar perutusan takziah kepada Ratu Elizabeth II
Next post ‘Berbuka puasa bersama dinosaur’
Ubah saiz-+=