
Bayar cukai taksiran, elak harta disita – MPJ
JASIN 2 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menasihatkan semua pemilik premis di kawasan pentadbirannya agar segera membayar tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan harta disita.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, MPJ menerusi Unit Hasil Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) sedang giat melakukan Operasi Serahan Notis E (Cukai Taksiran).
“MPJ sedang melaksanakan operasi ini bagi menyerahkan notis cukai taksiran kepada pemilik yang mempunyai tunggakan cukai itu.
“Bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan selaras dengan keperluan (Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976) (Akta 171).
“Jika gagal berbuat demikian pihak majlis boleh menyita apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungjawab membayarnya,” katanya.
Menurut MPJ, pemegang atau pemilik premis perlu membayar cukai taksiran setiap penggal atau tahunan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BEMBAN BERPOTENSI JADI KERUSI KEMENANGAN MUAFAKAT MELAKA – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kesepakatan jentera Barisan Nasional (BN) bersama calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24...
PRN MELAKA: KJ DESAK PEGUAM NEGARA BERCUTI SEMENTARA SIASATAN POLIS
REMBIA 7 November - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengambil cuti...
SULAIMAN YAKIN ABDUL HAKIM MAMPU WARISI KEPERCAYAAN PENGUNDI LENDU
LENDU 7 November - Pengalaman dan sokongan kepimpinan terdahulu menjadi antara sandaran Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan penguasaan di Dewan...
PRN MELAKA: BN DAPAT SOKONGAN PENUH 7 CAWANGAN PAS DI SERKAM
SERKAM 7 November - Sebanyak tujuh cawangan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menyatakan komitmen untuk membantu menggerakkan jentera...
PRN MELAKA: KJ PUJI PRESTASI KERAJAAN BN DITADBIR AB RAUF
REMBIA 7 November - Prestasi Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh...
PRN MELAKA: JALALUDDIN HASSAN TURUN PADANG, BANTU PERJUANGAN BN-PN
BUKIT KATIL 7 November - Pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan, meluangkan masa turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi...
