
Bayi maut tersedak susu, tiada unsur dera atau pengabaian – Polis
MELAKA, 25 Julai – Polis mengesahkan menerima laporan kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Perumahan Awam Ayer Molek, Duyong, di sini kira-kira 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata tiada unsur penderaan atau pengabaian dikesan, namun siasatan masih dijalankan sehingga mendapat laporan penuh bedah siasat.
“Untuk itu, pengasuh wanita berusia 34 tahun itu tidak ditahan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata ibu bapa bayi berkenaan mendapat berita daripada pengasuh tersebut yang memberitahu anak sulung mereka itu tidak sedarkan diri dengan badan sudah kebiru-biruan dan dihantar ke klinik berhampiran oleh pengasuh itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka.
Menurutnya pihak Hospital Melaka kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan belum dapat mengesahkan punca kematian kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
RM21.5 JUTA PERKASA KESEJAHTERAAN WARGA EMAS, OKU, KANAK-KANAK
TANJUNG BIDARA 17 September - Sebanyak 12 inisiatif membabitkan peruntukan berjumlah RM21.5 juta diluluskan sepanjang tahun ini bagi memperkasa aspek...
‘ITU PARTI DIA, SAYA JAGA KEPENTINGAN PARTI SAYA’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap parti bebas menyuarakan hasrat untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada...

