Bayi perempuan antara 9 korban COVID-19 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 2 Ogos – Bayi perempuan 11 bulan antara sembilan kematian direkodkan akibat COVID-19 di Melaka, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sebanyak satu kes kematian masing-masing direkodkan di Jasin dan Melaka Tengah membabitkan wanita berusia 60 dan 59 tahun.

Jelasnya, tujuh lagi kematian direkodkan di daerah Alor Gajah membabitkan mangsa berusia 11 bulan hingga 71 tahun.

“Antara kes kematian itu membabitkan bayi perempuan berusia 11 bulan di Sungai Baru Ulu dikesan positif pada Jumaat lalu dan mengalami gejala sawan.

“Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Kelemak turut dilaporkan maut selepas dikesan positif pada Khamis lalu dan mengalami gejala sakit kepala,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKN turut memaklumkan jangkitan kes kontak rapat keluarga dalam komuniti menjadi penyumbang terbesar kepada 463 kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini di Melaka.

Jelasnya, antara punca jangkitan utama kes baharu itu adalah 43 kes melibatkan kluster kilang termasuk jangkitan dalam kalangan pekerja kilang dan kontak rapat.

“Manakala 63 kes lagi direkodkan menerusi saringan bergejala dalam kalangan orang ramai dan 33 kes lagi penularan dalam kalangan pekerja bukan industri.

“Sebanyak 42 kes lagi direkodkan penularan dalam institusi penjara manakala 265 kes iaitu jumlah terbesar direkodkan hasil jangkitan menerusi kes kontak rapat keluarga,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post 95 peratus guru tingkatan 5 dan 6 di Melaka terima dos pertama vaksin
Next post Polis selamatkan lima individu dikurung sindiket penipuan
Ubah saiz-+=