
Bazar Aidilfitri dibenar beroperasi hingga 2 pagi mulai esok
KUALA LUMPUR 23 April. – Kerajaan membenarkan tempoh pengoperasian bazar Aildilfitri dilanjutkan sehingga jam 2 pagi berkuat kuasa esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar rayuan penjaja bazar Aidilfitri untuk melanjutkan tempoh waktu berniaga mereka.
“Kita dimaklumkan bahawa di bulan Ramadan ini pengunjung bazar Aidilfitri mula keluar selepas Isyak terutamanya selepas tarawih.
“Dan bila kita benarkan hanya setakat 12 tengah malam, jadi waktu berniaga mereka terlalu pendek.
“Jadi mereka (peniaga) mohon supaya dilanjutkan dan mesyuarat hari ini bersetuju untuk melanjutkan perniagaan bazar Aidilfitri sehingga jam 2 pagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Sebelum ini kerajaan membenarkan waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang hingga 8 malam manakala bazar Aidilfitri bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Bagaimanapun, dari sudut lokasi, jumlah gerai serta saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan oleh PBT di negeri masing-masing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ENAM KERANGKA MELAKA MEMACU KELESTARIAN ALAM
BANDA HILIR 21 September - Komitmen Kerajaan Negeri untuk melestarikan alam sekitar diperincikan menerusi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035,...
SUDAH 16 TAHUN BERSARA, ZAID MASIH BERJIWA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 21 September - Sudah 16 tahun bersara sebagai guru, namun semangat mendidik dalam diri Zaid Md Saman, 72,...
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
