
Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya – Air Selangor
KUALA LUMPUR 9 Sept – Gangguan air tidak berjadual melibatkan kesemua kawasan di tujuh wilayah, ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 Sept lalu, pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata, tujuh wilayah itu ialah Wilayah Klang atau Shah Alam; Petaling; Kuala Langat; Hulu Selangor; Kuala Selangor; Gombak; dan Kuala Lumpur.
“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Sentiasa gunakan air dengan berhemat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan 7 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, Air Selangor turut menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di ‘Google Play’ atau ‘Apps Store’, untuk informasi terkini bekalan air.
Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
MASUK MUZIUM PERCUMA UNTUK ANGGOTA ATM, TEBUS HINGGA 19 OKTOBER
AYER KEROH 23 September – Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Melaka boleh menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terpilih...
LAGA BADAI SELAT MELAKA HIMPUN LEBIH 500 PESILAT
TANJUNG BIDARA 23 September - Lebih 500 pesilat dari pelbagai perguruan dalam dan luar negara menyemarakkan penganjuran Laga Badai Selat...
BANGGA KAMPUNG PULAU SEMAKIN DIKENALI SELEPAS ANAK JATI TERAJUI MELAKA
TANJUNG BIDARA 23 September - Jika dahulu Kampung Pulau sekadar sebuah perkampungan biasa yang tidak begitu dikenali, kini namanya semakin...
CADANGAN BERHUBUNG IPD HANG TUAH JAYA SUDAH DIANGKAT KE BUKIT AMAN
SERI BENDAHARA 23 September - Cadangan penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baharu dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya sudah diangkat...

