Sorting by

×

‘Wanita Waja Negara Sejahtera’ tema Hari Wanita Kebangsaan

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TABOH NANING 9 Sept. – Hari Wanita Kebangsaan yang bertemakan ‘Wanita Waja Negara Sejahtera’ yang bakal disambut tidak lama lagi merupakan kesinambungan bagi menghargai golongan terbabit dalam menghadapi dilema pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sambutan berkenaan bagi menghargai peranan golongan berkenaan yang menjadi penyumbang bakti dalam setiap aspek di sepanjang tempoh terbabit.

Jelasnya, wanita turut memainkan peranan penting disebabkan terpaksa melaksanakan tugasan berganda termasuk suri rumah demi mengelakkan penularan itu berlaku.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) golongan wanita tidak terkecuali memainkan peranan itu kerana kebanyakkan kaum ibu terpaksa menggandakan rutin harian sebagai suri rumah demi memastikan keluarga mereka terus kekal berada di rumah.

“Memang diakui kebanyakan kaum ibu terpaksa memasak lebih masa ketika tempoh itu sepanjang berada di rumah malah ditambah pula jika golongan itu terpaksa bekerja menjadi barisan hadapan seperti jururawat, ini menjadikan jasa mereka harus dihargai.

“Terima kasih buat golongan wanita di negeri ini kerana telah banyak menyumbang dan menjadi barisan hadapan dalam keluarga mereka demi memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Latipah, bagi menghargai peranan yang menjadi nadi dalam masyarakat itu kerajaan negeri akan menyambut dengan mengadakan Hari Wanita Peringkat Negeri menjelang Oktober atau awal November nanti.

Katanya, biarpun di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), satu acara dengan kawalan prosedur operasi standard (SOP) akan diadakan di negeri ini.

Lebih menarik, program yang masih dalam perancangan kerajaan negeri itu dijangka disempurnakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Pada program terbabit, sebuah Pertandingan Masakan ASEAN akan dianjurkan dengan pelbagai segmen kategori masakan pelbagai kaum diadakan di negeri ini.

“Program gilang-gemilang itu akan dianjurkan dengan pertandingan bagi merebut Piala Toh Puan kepada semua peserta wanita di negeri ini bagi mempersembahkan masakan yang manjadi simbolik setiap kaum di Melaka,” katanya.

Views:

531
Kongsi :
Previous post Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya – Air Selangor
Next post Prestasi ekonomi kian pulih, penguncupan KDNK mengecil – Kementerian Kewangan
Ubah saiz-+=