
Bekalan elektrik di 706 kawasan di empat negeri pulih
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Bekalan elektrik di 539 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan, sehingga 11 pagi tadi.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bekalan elektrik pulih di 396 kawasan di Pahang, 25 kawasan di Negeri Sembilan dan 118 kawasan di Kuala Lumpur.
Sementara, bekalan elektrik di 167 kawasan di Selangor telah dipulihkan setakat 12 tengah malam tadi.
“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” katanya melalui laman Facebook rasmi TNB Careline, hari ini.
Selain itu, 105 kawasan di Pahang dan dua kawasan masing-masing di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta 127 kawasan di Selangor masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.
“Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PLKN 3.0 DICADANG DIPERLUAS KE INSTITUSI TVET AWAM, SASAR 100,000 PESERTA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Peluasan Fasa 3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menerusi Modul Kenegaraan ke institusi Pendidikan...
TVET 2.0 PERKUKUH BAKAT, KOMPETENSI TENAGA KERJA HINGGA 2035
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Kerajaan memperkukuh transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi pembangunan TVET 2.0 bagi...
INISIATIF DAYA TAHAN KOMUNITI MBMB RAIH PENGIKTIRAFAN KEBANGSAAN
AYER KEROH 27 Oktober - Inisiatif memperkukuh daya tahan komuniti terhadap ancaman perubahan iklim membuahkan hasil apabila Majlis Bandaraya Melaka...
HUBUNGAN KEKELUARGAAN BN KOTA MELAKA TERUS KUKUH
TELOK MAS 27 Oktober - Kehadiran pimpinan utama MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain pada pelancaran jentera pilihan...
REKOD KHIDMAT LIMA TAHUN JADI ‘SANDARAN’ TOK AJAK
TELOK MAS 27 Oktober - Rekod perkhidmatan selama lima tahun menjadi sandaran buat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman untuk...
ISU MCA: ‘JANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIAN’ – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...

