Sorting by

×

Bekalan mentah menjelang Ramadan terkawal- EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 22 Mac- Bekalan keperluan menjelang Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri mencukupi dan terkawal.

EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan barangan itu mencukupi meskipun permintaan terhadap barang mentah itu meningkat pada musim perayaan.

Katanya, pemantauan lebih ketat dari penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan dilakukan pada awal bulan April nanti.

“Setakat ini bekalan memang mencukupi. Tapi bulan April pada awal bulan nanti saya bersama KPDNHEP akan turun ke pasar raya dan pasar awam untuk memastikan bekalan ini semua cukup dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Ziarah Kasih Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka di sebuah restoran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hee Sem turut mengingatkan semua peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya bekalan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

“Dinasihatkan kepada semua (peniaga) dekat perayaan Hari Raya dan dalam bulan Ramadan ini jangan suka-suka nak naik harga bekalan.

“Penguatkuasa akan turun ke semua premis untuk memeriksa harga yang mereka(peniaga) jual mengikut harga berpatutan dan juga mengikut SOP (prosedur operasi standard) dalam keadaan masih lagi pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1049
Kongsi :
Previous post Malaysia iktiraf sijil vaksinasi Vietnam – PM
Next post Kes kematian dalam tahanan polis disiasat unit khas mulai 2022
Ubah saiz-+=