Bekalan telur gred C dijangka kurang menjelang Krismas – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Disember – Bekalan telur ayam gred C dijangka berkurangan menjelang perayaan Krismas Ahad ini berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna di negeri ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata isu berkenaan bagaimanapun tidak begitu serius memandangkan bekalan telur gred A dan B masih ada.

“Melaka masih ada kekurangan bekalan telur tetapi tidak begitu serius, kita nampak bulan ini akan ada sedikit kekurangan telur gred C kerana ‘demand’ (permintaan) tinggi sebab cuti sekolah dan perayaan Krismas.

“Menteri juga sudah umumkan sebelum ini untuk import telur gred E dari Negara India bagi mengatasi kekurangan bekalan telur ini, tetapi ia akan diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

“Jadi kita harap bila telur dari India ini dapat masuk jadi ia akan dapat mengimbangi kekurangan bekalan telur itu dalam jangka masa akan diberitahu kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2022 di Pusat Beli Belah AEON Bandaraya Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka, Rohaimi Mohamed Zawawi.

Ujarnya, setakat ini KPDN negeri tidak menerima aduan berkaitan peniaga yang mengambil kesempatan cuba menaikkan harga jualan telur ayam gred A, B dan C.

“Setakat ini tiada aduan diterima mengenai peniaga naikkan harga telur yang harganya terkawal, telur gred C memang susah nak dapat sebab harga dia murah dan ramai peniaga memilih gred ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2156
Kongsi :
Previous post KPDN Melaka rekod RM4.92 juta nilai rampasan
Next post TDM juara Triathlon Tanjung Bidara Challenge, Lokman Hakim atlet terpantas
Ubah saiz-+=