BELANJAWAN 2025 BAWA BERITA GEMBIRA UNTUK DUN PAYA RUMPUT

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 19 Oktober – Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, membawa khabar gembira buat warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, dua berita gembira itu adalah menerusi peruntukan dua projek berkepentingan kepada rakyat.

Menurut beliau, projek pertama adalah pembinaan Pusingan U Bertingkat dan Direct U-Turn dari Persimpangan Pulau Gadong hingga Persimpangan Taman Cheng Perdana yang dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku khususnya pada waktu puncak.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, peruntukan terpenting adalah pembinaan Balai Polis Tanjung Minyak yang merupakan salah satu janji yang dibawa pada manifestonya sebagai wakil rakyat.

“Syukur, balai polis adalah salah satu janji manifesto saya sewaktu berkempen pada PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka beberapa tahun lalu.

“Setelah penat lelah berusaha dalam meyakinkan pelbagai pihak tentang keperluan di DUN Paya Rumput dari sudut keselamatan dan kesejahteraan rakyat, akhirnya janji ini terlaksana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Justeru, Rais merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas kelulusan yang diberikan.

Pada masa sama, beliau turut memberikan ucapan penghargaan turut kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sentiasa memberikan sokongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

191
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2025 ‘KUATKAN’ HARIMAU MALAYA
Next post BANTUAN KEBAJIKAN, PROGRAM INKLUSIF TUMPUAN BELANJAWAN MELAKA 2025
Ubah saiz-+=