Belanjawan Melaka 2021: Jangan lupakan belia

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 31 Okt.- “Saya harap Belanjawan Melaka 2021 yang akan dibentangkan nanti, mengambil kira langkah kerajaan membantu golongan belia berhadapan cabaran COVID-19,” kata Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mohd Rafiq berkata, ekonomi belia sangat terjejas apabila ramai yang kehilangan pekerjaan apabila pelabur menghentikan pelaburan yang menjejaskan banyak sektor termasuk pembuatan dan penerbangan.

“Kerajaan negeri perlu melihat bagaimana belanjawan yang akan dibentangkan dapat memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dapat dihasilkan daripada pembentangan Belanjawan Melaka 2021 pada awal November.

“Selain itu kerajaan negeri juga perlu melihat cara mewujudkan dana pembiayaan perniagaan kepada generasi muda, seperti bantuan atau insentif untuk dijadikan sebagai modal, malah bukan hanya untuk memulakan, tetapi mengembangkan perniagaan sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, belanjawan yang akan dibentangkan bulan depan juga wajar memastikan pemerkasaan belia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Bila berlaku pandemik ini, dunia berubah dan kita berhadapan dengan norma baharu termasuk perniagaan yang kebanyakan dijalankan secara atas talian tidak dan bukannya secara konvensional.

“Apabila belia mempunyai kemahiran mereka dapat mengendalikan perniagaan atas talian dengan memasarkan produk sekali gus dapat meningkatkan hasil jualan,” katanya.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Pelancongan Melaka dikhuatiri ‘rosak’ akibat PKPB
Next post Ismail, Noraini ketuai penerima darjah kebesaran Melaka
Ubah saiz-+=