Ismail, Noraini ketuai penerima darjah kebesaran Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER KEROH 31 Okt. – Seramai 294 individu menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka 2020 pada sesi ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Mendahului senarai tersebut ialah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad turut menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) dari Mohd Ali.

Selepas itu, istiadat diteruskan dengan penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada lapan penerima dan didahului Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Wira Amirudin Yusof diikuti Datuk Wira Md Di Ibrahim, Datuk Wira Mubarak Hussain Akhtar Husin, Datuk Wira Muhammad Shafie Abdullah, Datuk Wira Mustazah Osman, Datuk Wira Tan Teck Chuan, Datuk Wira Vinod Balachandra Sekhar dan Datuk Wira Liu Allan Hui.

Diikuti lima penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) dan 76 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

DMSM didahului oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen diikuti Datuk Shariful Azhar Othman, Dauk Tnah Boon Chong, Datuk Amer Bukvic dan Datuk Mohd Hasbi Abu Bakar.

Pengarah Eksekutif  Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Shared Prosperity Delivery Unit) (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Hanisah Hussin dan Pengarah Maritim Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud mengetuai penerima DPSM, kemudian diikuti Komander Artileri Divisyen, Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Merangkap Appointed Military Commander, Brigedier Jeneral Datuk Noor Sazali Puteh dan Datuk Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

Seramai 20 penerima pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Manakala Bintang Cemerlang Melaka (BCM) dianugerahkan kepada 29 penerima didahului Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Nurman Mohd Baroldin.

Bagi Bintang Khidmat Terpuji (BKT) pula ia dianugerahkan kepada 55 individu yang mempunyai sikap taat setia dan kelakuan terpuji.

Sementara Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dikurniakan kepada 58 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) 36 penerima dan yang terakhir Pingat Khidmat Lama (PKL) dianugerahkan kepada tiga individu.

Views:

3897
Kongsi :
Previous post Belanjawan Melaka 2021: Jangan lupakan belia
Next post Belanjawan Melaka 2021: Rizab pelancongan perlu diwujudkan
Ubah saiz-+=