
Belgium setuju kerja 4 hari seminggu
BRUSSELS, 18 Jun – Kerajaan gabungan di Belgium pada Jumaat mengumumkan ia bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh termasuk kemungkinan membenarkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Perjanjian pekerjaan” bertujuan memberi fleksibiliti dan kebebasan dalam bekerja dengan objektif meningkatkan kadar tenaga kerja dalam kalangan dewasa melebihi 80 peratus berbanding 70.6 peratus menjelang 2030.
Sebagai aspek paling penting terhadap pembaharuan itu, Belgium akan mengurangkan hari bekerja daripada lima hari kepada empat dengan mengekalkan tempoh waktu bekerja mingguan.
Daripada segi praktikal, pekerja boleh bekerja 10 jam setiap hari dan bukan lapan jam seperti kebiasaan, serta mendapat cuti tambahan setiap minggu sebagai balasan.
Pekerja juga diberi pilihan lain, seperti mengambil cuti sepanjang minggu atau menggilir tempoh waktu kerja 10 jam dan lapan jam
Rang undang-undang itu bagaimanapun masih belum diluluskan di peringkat persekutuan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH
MACHAP JAYA 31 Mei - Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan...
MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI
BANDA HILIR 31 Mei - Pengamal media di negeri ini diiktiraf sebagai antara watak penting dalam menyampaikan berita dan maklumat...
WRUR BANDA HILIR: 90 PROGRAM, 1 MATLAMAT SANTUNI RAKYAT
BANDA HILIR 31 Mei - Hampir 90 program bakal mewarnai rogram Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
IBU BAPA SOKONG PENGESAHAN UMUR DEMI KESELAMATAN ANAK DI ALAM MAYA
BANDA HILIR 31 Mei – Pelaksanaan mekanisme pengesahan umur menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) menerima sokongan ibu bapa...
BECA JADI ‘DUTA’ WRUR BANDA HILIR
BANDA HILIR 31 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir membuka tirai dengan...
PLATFORM MEDIA SOSIAL WAJIB PATUHI KOD BAHARU MULAI ESOK
BANDA HILIR 31 Mei – Penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan mematuhi Kod...
