Bercuti sambil imbau kenangan lama di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat
photo1669529767
SALWAN Al-Husaini Muhamad, 31, dari Setapak, Kuala Lumpur. Foto: MR. AZLI

AYER KEROH 27 November – Datang ke negeri ini untuk mengimbau kenangan dan meraikan ulang tahun perkahwinan ibu serta arwah bapanya, itulah istimewanya Melaka bagi Salwan Al-Husaini Muhamad, 31 dari Setapak, Kuala Lumpur

Salwan berkata ibu dan arwah bapanya berkongsi banyak kenangan manis sepanjang berumah tangga di Negeri Melaka.

“Hari ini kami ke tempat ayah pernah bawa ibu suatu ketika dulu contohnya Zoo Melaka. Selain kami berdua ahli keluarga yang lain turut bersama.

“Kami berada di Melaka sejak semalam, pagi tadi kami pergi ‘coconut shake’ dan merancang ke beberapa lagi lokasi tumpuan lain sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Zoo Melaka di sini, hari ini.

photo1669529938
SITI Suhaila Mohamad, 36, dari Pasir Gudang, Johor. Foto: MR. AZLI

Sementara itu Seorang lagi pengunjung Siti Suhaila Mohamad,36, dari Pasir Gudang, Johor turut mengambil kesempatan membawa ahli keluarganya bercuti di Melaka.

“Tujuan kami datang Melaka sebab dapat cuti panjang, kebetulan pula Negeri Johor menang Piala Malaysia dan dapat cuti, jadi kami ada empat hari cuti bermula Jumaat sehingga Isnin

“Saya pilih Melaka kerana dekat, lokasinya bersebelahan Negeri Johor. Tarikan di negeri ini pula banyak termasuk tempat-tempat bersejarah,” katanya.

Manakala Aslan Rapiee,32, dari Sibu Sarawak turut mengambil peluang yang ada bercuti di negeri bersejarah ini buat kali pertama.

“Saya mula cuti pada 25 November, tapi bermula dengan melawat Negeri Johor selepas itu barulah datang ke Melaka.

“Destinasi pertama di Melaka kami memilih Zoo Melaka kerana anak-anak yang minta dan ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki di bumi bersejarah ini.

“Tadi sampai sini dalam jam 11.30 pagi, selesai di Melaka kami akan ke Cameron Highland, Pahang pula,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3093
Kongsi :
Previous post Kenyataan media BN lantik lima ahli parlimennya sebagai menteri adalah palsu
Next post Anwar hasrat henti amalan lantikan ke kabinet sebagai satu bentuk ganjaran
Ubah saiz-+=