
Berehat sebelum dijemput ajal
AYER KEROH 25 Ogos – Seorang pengendali kren meninggal dunia ketika berehat selepas menjalankan kerja di Jalan Kelicap Kampung Bukit Katil, di sini, dalam kejadian pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 48 tahun berasal dari Batu 3 Padang Temu itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak bergerak di tepi jalan oleh rakan sekerjanya.
“Apabila pekerja lain menghampiri si mati untuk memeriksa keadaannya, mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan berpeluh peluh dan jatuh berbaring.
“Si mati telah diberi bantuan CPR oleh seorang pekerja tetapi tidak berjaya sebelum mereka menghubungi ambulans.
“Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Ayer Keroh yang tiba telah mengesahkan kematian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.
Katanya, mangsa juga disahkan tidak terlibat dengan kontak rapat pesakit COVID-19 menerusi panggilan telefon bersama warisnya oleh pihak ambulans dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...
PERMULAAN TRANSFORMASI BAHARU DUYONG
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bakal menjadi titik mula ke arah transformasi pentadbiran baharu di...