
Beri kelonggaran, cuti kepada pekerja keluar mengundi jika PRU15 jatuh hari bekerja – Saravanan
TAPAH, 16 Okt – Majikan perlu memberikan kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jatuh pada hari bekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata ini kerana adalah menjadi hak setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi dan menunaikan kewajipan mereka.
“Majikan perlu akur pada arahan kerajaan. Mereka perlu benarkan pekerja keluar mengundi. Sama ada dengan cuti peristiwa, cuti ganti atau cuti beberapa jam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di sini hari ini.
Beliau berkata mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt ini bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEPRIHATINAN TOK RAUF KEKUATAN MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 19 September - Bantuan kediaman baharu daripada Kerajaan Negeri mengembalikan keceriaan buat keluarga ini apabila rumah pusaka menjadi...
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
