Jenazah Nurul Nazihah selamat dikebumikan

Masa Membaca:56 Saat

KOTA TINGGI, 16 Okt – Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai membanjiri kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Suasana sayu dan hiba dapat dilihat apabila van yang membawa jenazah memasuki kawasan perkuburan pada 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Batu Empat, di sini sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Lukut.

Tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di kampung berkenaan sejak pagi tadi, mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan Allahyarham.

Semalam, Nurul Nazihah, 28, bersama seorang individu lagi yang belum dikenal pasti identitinya, dilaporkan maut manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam.

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2964
Kongsi :
Previous post Amaran keras kepada pengeluar pastikan bekalan telur domestik dipertingkat – Nanta
Next post Beri kelonggaran, cuti kepada pekerja keluar mengundi jika PRU15 jatuh hari bekerja – Saravanan
Ubah saiz-+=