Penghantar makanan menggigil dapat ’30k’

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KLEBANG 17 Oktober – Bagai sedang bermimpi. Itulah perasaan seorang penghantar makanan, apabila membawa pulang hadiah RM30,000 pada pertandingan memancing Cabaran Tambak Klebang, di sini, semalam.

Arif Mohd Zakaria, 22, yang berasal dari Subang, Selangor memenangi hadiah utama itu selepas muncul pemancing yang menaikkan ikan terberat pada pertandingan yang berlangsung selama empat jam bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu.

Menurutnya, dia seakan tidak percaya joran berumpankan udang hidup yang dilabuhkannya disambar seekor ikan pari kelawar seberat 3.905kg pada jam 10.24 pagi sekali gus berjaya menewaskan lebih 1,000 kaki pancing dari seluruh negara.

“Syukur Alhamdulillah, saya macam tidak percaya kerana biasanya saya hanya dapat ikan bersaiz sekilogram dan ke bawah.

“Ini ikan terbesar pernah diraih dan alhamdulillah ia rezeki untuk saya dan ayah saya yang turut menyertai pertandingan ini.

“Insya-Allah, wang kemenangan akan digunakan untuk belanja keluarga dan sebahagiannya akan disimpan sebaiknya,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas pertandingan berkenaan.

WhatsApp Image 2022-10-16 at 6.01.50 PM
IKAN pari kelawar seberat 3.905kg yang muncul ikan terberat pada pertandingan itu.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik Muhamad Syafiq Hassan, 29 yang ikan pari seberat 1.540kg, manakala tempat ketiga menjadi milik Muhamad Azni Mohd Jamil, 43 dengan ikan kerapu seberat 1.420kg.

Pemenang kedua dan ketiga yang masing-masing berasal dari Muar dan Batu Pahat, Johor itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM6,000 dan RM3,000.

IMG_20221016_175935
PEMENANG utama bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.

Hadiah utama telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4905
Kongsi :
Previous post Beri kelonggaran, cuti kepada pekerja keluar mengundi jika PRU15 jatuh hari bekerja – Saravanan
Next post DUN Perak dibubarkan berkuat kuasa hari ini
Ubah saiz-+=