Sorting by

×

Bersyukur keringat 39 tahun dihargai

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BUKIT KATIL 15 Julai- “Memang tidak sangka dan terkejut apabila dipilih sebagai tokoh guru pada tahun ini kerana saya tidaklah pandai mana.

“Tidak dinafikan gembira namun jauh disudut hati terselit rasa terharu kerana keringat dicurahkan dihargai bukan sahaja oleh jabatan malah kerajaan negeri,” itu kata pesara guru Zainal Samsuri yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2022.

Zainal, 62, berkata, sepanjang 39 tahun mengajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) dirinya tidak pernah terfikir akan menerima anugerah tertinggi itu.

Katanya, selepas mencapai umur 60 tahun dia kemudian bersara secara rasmi pada 2019 sebagai Guru Besar di SRA Ayer Molek Darat dan sepanjang bergelar guru pelbagai cabaran dilaluinya dalam mendidik dan mengajar agama.

“Setiap anak murid mempunyai kerenah tersendiri jadi kita sebagai guru perlu ikhlas dalam menjalankan tugas. Menjadi guru agama bukannya mudah.

“Kita guru perlu pastikan mereka faham membaca dan menulis jawi, membaca al-quran serta menghafaz surah,” katanya.

Bapa kepada sembilan anak itu ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Peringkat Negeri Melaka 2022 yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, selain pelajaran, penekanan akhlak juga perlu ini kerana ia perlu seiiring antara pelajaran dan akhlak.

“Apa yang saya harapkan semua guru dapat mendidik anak bangsa dengan amanah kerana sekiranya akhlak lemah kita akan mundur.

“Alhamdulillah sepanjang berkhidmat saya mengajar di hampir 20 sekolah dan apa yang mengembirakan apabila ada diantara anak didik berjaya dan tidak lupa kepada akan diri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post Isu MoU ambil pekerja Indonesia: PM arah KSM, KDN selesai segera
Next post 19 mati dalam tahanan PDRM sejak Januari 2022 – Bukit Aman
Ubah saiz-+=