
‘Bila Larut Malam’ pasti meriah
BANDARAYA MELAKA 8 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat melakukan persiapan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ berjalan lancar.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pihaknya menyambut baik saranan Kerajaan Negeri yang melaksanakan program bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Melaka.
“Sebagai agensi bertanggungjawab kita akan memastikan persiapan di kawasan yang terlibat berada dalam keadaan terbaik. Kita juga akan memastikan kemudahan dan keceriaan dalam keadaan terbaik, lampu hiasan pula menerangi kawasan sekitar hingga 3 pagi berbanding 12 tengah malam sahaja sebelum ini.
“Bagi memastikan aktiviti itu berlangsung dalam keadaan selamat dan lancar, MBMB juga akan menempatkan anggota penguatkuasa sehingga jam 3 pagi,” katanya.
Menurut Shadan, bersempena aktiviti Bila Larut Malam bermula 1 Jun, masa perniagaan di Pahlawan Walk dan Jonker Walk akan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi berbanding 11 malam sebelum ini.
“Kami juga berharap pihak pengurusan dua pusat beli-belah utama berhampiran untuk bersama-sama melanjutkan tempoh masa perniagaan bersempena aktiviti Bila Larut malam,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN MELAKA BUBAR, URUSAN KERAJAAN NEGERI TERUS BERJALAN SEPERTI BIASA
SERI NEGERI 22 September - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa esok (23 September) tidak akan menjejaskan urusan...
DUN MELAKA DIBUBAR BERKUAT KUASA ESOK
SERI NEGERI 22 September - Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok (23 September) bagi memberi laluan kepada...
RISIKO BANJIR SEMAKIN KURANG, PENDUDUK RIM BOLEH TIDUR TENANG – KHAIDHIRAH
RIM 22 September β Penduduk di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kini lebih lega apabila masalah banjir kilat...
SIMPANG SCIENTEX DURIAN TUNGGAL BAKAL DINAIK TARAF KEPADA BULATAN
DURIAN TUNGGAL 22 September - Kajian akan dilaksanakan berhubung cadangan menaik taraf persimpangan taman perumahan Scientex, Belimbing Dalam ke Machap...
PENGAMAL MEDIA βBERKAMPUNGβ DI SERI NEGERI, TUNGGU PENGUMUMAN PENTING KETUA MENTERI
SERI NEGERI 22 September - Pusat pentadbiran Kerajaan Melaka, Seri Negeri, hari ini menjadi tumpuan pengamal media yang βberkampungβ bagi...
KEPERLUAN LEBIH 50,000 PENDUDUK DUN DURIAN TUNGGAL JADI FOKUS ZAHARI LIMA TAHUN AKAN DATANG
DURIAN TUNGGAL 22 September - Penyelesaian isu infrastruktur, banjir, selain memperkukuh kemudahan awam serta kebajikan rakyat khususnya golongan anak muda...

