
Bilik fail premis guaman terbakar
BANDA HILIR 2 Mei – Pasukan bomba mengambil masa lebih satu jam bagi memadam kebakaran bilik simpanan fail sebuah firma guaman di Plaza Mahkota, di sini, malam tadi.
Kebakaran di tingkat tiga, deretan bangunan rumah kedai itu dipercayai berlaku pada jam 9.20 malam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mazlan Misran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam sebelum 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba di tempat kejadian bomba dapati benar berlaku kebakaran di tingkat tiga membabitkan bilik simpanan fail .
“Kebakaran kemudian dapat dikawal kira-kira 15 minit selepas operasi pemadaman dijalankan,” katanya.
Mazlan berkata, kebakaran membabitkan kira-kira 15 peratus bilik simpanan fail terbabit.
“Kebakaran kemudian dapat diapadam sepenuhnya pada jam 11.05 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan mengenai kejadian bagi melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...

