Bilik Watan SMK Kampung Gelam tingkat pemahaman pelajar mengenai Sejarah

Masa Membaca:56 Saat

PANTAI KUNDOR 2 Ogos – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam, di sini, mengambil inisiatif mewujudkan Bilik Warisan Taming Sari (Watan) bagi tujuan aktiviti pembelajaran subjek Sejarah.

Pengetua SMK Kampung Gelam Ainah Idris berkata, bilik khas itu diwujudkan sebagai lokasi tutorial dan pameran bahan sejarah bagi tujuan memberi pendedahan mengenai peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam negara.

Selain itu, katanya, bilik berkenaan juga akan dijadikan bilik operasi Panitia Sejarah yang diketuai Guru Panitia Sejarah Ahmad Nor Iman Shawal dan bilik aktiviti Kelab Sejarah sekolah berkenaan.

“Selain menjadi bilik aktiviti pembelajaran Sejarah, ia juga menyimpan bahan-bahan Sejarah dalam bentuk gambar dan pameran peralatan.

“Antara bahan yang dipamerkan ialah peristiwa kemerdekaan negara, folio Sejarah pelajar dan perkakasan zaman dahulu.

“Pada masa sama, ia juga akan bertindak sebagai bilik aktiviti Kelab Sejarah dan bilik perbincangan serta pembentangan pelajar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bilik Watan itu berserta Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kebangsaan 65 tahun Merdeka Keluarga Malaysia Teguh Bersama tahun 2022 peringkat SMK Kampung Gelam telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Azlan Abidin pada 1 Ogos.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1701
Kongsi :
Previous post Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa
Next post Muhammad Azeem cipta rekod baharu 100m kebangsaan di Colombia
Ubah saiz-+=