DUN Serkam: Bina klinik baru untuk orang Serkam

Masa Membaca:53 Saat

SERKAM 5 April – Sebuah klinik kesihatan jenis 3 (tiga) dirancang dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dalam usaha berterusan kerajaan memberikan perkhidmatan berkualiti kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan berkata, sebelum ini lawatan sudah dilakukan bersama agensi berkaitan untuk mengenal pasti lokasi dan saiz tapak projek pembangunan yang dirancang.

“Jika semuanya berjalan lancar Bahagian Pembangunan Kesihatan, kementerian Kesihatan Malaysia kemudian akan teruskan dengan proses pengambilan tanah bagi mendirikan klinik berkenaan.

“Perancangan ini adalah bagi melengkapkan pembangunan perumahan sekitar DUN Serkam yang dianggarkan keseluruhan berjumlah 5,000 unit,” katanya ketika ditemui 31 Mac lalu.

Zaidi berkata, pembinaan klinik dianggarkan bernilai RM34 juta yang lengkap dengan kemudahan seperti Jabatan Kecemasan dan Trauma serta farmasi bakal itu menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih baik kepada penduduk sekitar.

“Jika semua berjalan lancar kita akan tutup dua klinik iaitu, klinik komuniti dan menggantikan klinik ibu mengandung di kawasan itu,” katanya.

Pix

ZAIDI bersama wakil agensi terbabit melakukan lawatan tapak untuk pembinaan klinik kesihatan baharu di DUN Serkam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1370
Kongsi :
Previous post Tentera maut motosikal bertembung kereta
Next post Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir – Polis
Ubah saiz-+=