BN dijangka umum calon PRN Melaka Sabtu ini

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 3 Nov – Persoalan mengenai siapa yang akan bertanding mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka terjawab Sabtu ini.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, pengumuman itu akan dibuat dalam majlis yang akan diadakan tiga hari lagi.

Bagaimanapun, katanya, lokasi pengumuman itu masih belum dimuktamadkan iaitu sama ada di buat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur atau di Bilik Gerakan BN di Ayer Keroh.

“Lokasi masih dibincangkan memandangkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jentera BN Melaka, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin turut mengesahkan perkara itu.

“Begitulah perancangannya (pengumuman calon BN) pada Sabtu ini.

“Namun saya tidak dapat memastikan bila waktu pengumuman itu akan dibuat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan calon yang akan ditampilkan parti itu bakal berubah wajah.

Katanya, calon yang akan diketengahkan terdiri daripada muka-muka baharu dan orang muda dalam menarik minat pengundi dan membawa perubahan kepada corak pentadbiran negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

480
Kongsi :
Previous post Mahkamah benar Najib pinda tarikh pelepasan, pemulangan pasport ke Singapura
Next post Gagal pastikan keselamatan di tapak pembinaan SUKE, Zhongshi International didenda RM45,000
Ubah saiz-+=