
BN mahu jadikan Melaka ‘lembah pertanian bandar’
AYER KEROH 10 Nov – Dalam usaha mengupayakan sektor pertanian, Barisan Nasional (BN) akan memodenkan sektor pertanian dengan menjadikan Melaka sebagai lembah pertanian bandar dalam tempoh setahun sekiranya diberi mandat.
Menurut buku Manifesto 5 Tahun yang dikeluarkan hari ini, BN turut menawarkan pembangunan nelayan laut dalam serta menambah baik instrastruktur dan penempatan nelayan, petani dan penternak bagi tempoh satu tahun.
Manakala, dalam tempoh 100 hari, BN akan mewujudkan insentif sara hidup buat tiga golongan terbabit (petani, penternak dan nelayan), disamping menambah baik skim subsidi peralatan untuk golongan terbabit.
Selain itu, nilai pampasan kepada nelayan terjejas juga akan dikaji semula serta mewujudkan skim insurans percuma buat golongan itu.
BN turut menjamin untuk mewujudkan dasar baharu penyediaan perumahan nelayan dan petani di kawasan tambak laut serta memastikan kawasan tangkapan ikan di negeri itu terus dikekalkan dan terpelihara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
