Boleh rapatkan saf, sempadan negara dibuka 1 April

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 8 MAC – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara akan dibuka bermula 1 April, selain kelonggaran aktiviti sebelum ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sejak penularan pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

Beliau berkata, fasa peralihan ke endemik adalah ‘exit strategy’ bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan normal.

Antara pengumuman Perdana Menteri yang menarik perhatian khusus umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi adalah, kebenaran solat berjemaah tanpa penjarakan sosial satu meter dan restoran atau kedai makan dibenarkan beroperasi 24 jam mengikut syarat lesen.

“Aktiviti solat di surau, masjid atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain boleh tanpa penjarakan sosial. Selepas ini imam di masjid boleh cakap, rapatkan saf tanpa perlu penjarakan sosial satu meter.

“Walaubagaimanapun perkara ini tertakluk kepada kuasa sultan setiap negeri, ini cadangan kerajaan persekutuan, penentuan di tangan kerajaan negeri.

“Kita serah kepada negeri kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri,” katanya pada sidang media khas disiarkan secara langsung jam 5.30 petang tadi.

Ismail Sabri berkata, kebenaran premis perniagaan termasuk restoran dibuka mengikut waktu operasi masing-masing mengikut syarat lesen juga memberi keselesaan kepada umat Islam menunaikan ibadat berpuasa khusus untuk bersahur.

“Dalam bulan Ramadan kita tahu ramai bersahur diluar di restoran. Oleh kerana restoran dibuka 24 jam maka ia mempermudahkan umat Islam bersahur di restoran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

784
Kongsi :
Previous post Sambutan Hari Wanita 2020 dirai semasa PRN Johor
Next post Kementerian Wilayah Persekutuan teliti semula sistem amaran banjir
Ubah saiz-+=