
Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri
BANDARAYA MELAKA 19 Jun – Seorang wanita yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dalam kejadian di Jalan Hang Tuah, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, mangsa berumur lingkungan 40-an telah menguncikan diri di dalam bilik air, selain turut memecahkan cermin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, ketika kejadian suaminya berada di rumah sebelum menghubungi pihak bomba bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya, seramai enam anggota digerakkan ke lokasi sebelum kerja-kerja memujuk mangsa dilakukan.
“Mangsa akhirnya berjaya dipujuk dan selamat keluar tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Pihak bomba dimaklumkan mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan psikiatri sebanyak enam kali.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum anggota pulang ke balai,” katanya.
Beliau memaklumkan operasi tamat pada jam 5.37 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH KONGSI REZEKI BERI RAKYAT RASA ‘DURIAN MAHAL’
ASAHAN 5 Julai - Peluang menikmati durian premium seperti Black Thorn dan Musang King pada harga hanya RM10 seorang sempena...
JALAN LADANG 5KM BERI MANFAAT BESAR BUAT 200 PEKEBUN KECIL
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Usaha Kerajaan Negeri membela kebajikan dan keperluan komuniti peladang serta pekebun kecil di Sungai Rambai...
123 PROGRAM ‘HIDUPKAN’ WRUR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Sebanyak 123 program dan acara yang disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
4,000 NIKMATI BUFET DURIAN PREMIUM, ‘KENDURIAN’ MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
ASAHAN 5 Julai - Festival Durian Melaka 'Kendurian' bakal dijadikan acara tahunan selepas sambutan luar biasa diterima apabila hampir 4,000...
RUMAH NGAJI, KOMUNITI NELAYAN TERIMA LIMPAHAN NIKMAT JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat edisi sulung yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
WRUR BUKAN NOKTAH KHIDMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan penamat kepada usaha Kerajaan Negeri menyantuni rakyat, sebaliknya...
