Melaka United, NS sama liat

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super malam tadi.

Aksi di Stadium Hang Jebat itu menyaksikan, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan bagi memburu gol sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Beberapa peluang diperoleh kedua-dua pasukan pada aksi separuh masa pertama, namun keampuhan benteng dan ketumpulan penyudah membuatkan keputusan terikat 0-0 sehingga tamat 45 minit pertama.

Bersambung di babak kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi agak seimbang dalam misi mencari gol kemenangan.

MELAKA – 18 JUN 2022, Pemain Melaka United FC, Adriano Aparecido Narcizo (kanan) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Zulkhairi Zulkeply (kiri) dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. Foto: MR. AZLI

Namun, seakan mengulangi skrip separuh masa pertama, beberapa peluang yang diperoleh kedua-dua pasukan masih tidak berjaya diterjemah menjadi gol.

Di minit-minit akhir masa kecederaan, Melaka United memperoleh peluang terbaik untuk menembusi gawang pelawat.

Bagaimanapun, situasi kucar-kacir di hadapan gol itu tidak disempurnakan dengan baik, sekali gus menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan itu meletakkan Melaka United kekal menduduki tangga ke-8 Liga Super dengan mengutip lapan mata hasil dua kemengan dan dua seri.

Selepas ini, anak buah Mohd Asri Ninggal dijadual menentang Sarawak United, juga di venue sama, Stadium Hang Jebat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1606
Kongsi :
Previous post Peniaga wanita rugi lebih RM500,000 diperdaya pelaburan menerusi WhatsApp
Next post Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri
Ubah saiz-+=