Bomba ulang-alik lebih 1 km padam kebakaran

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TELOK MAS 3 Mac. – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berdepan cabaran berikutan terpaksa berulang-alik lebih satu kilometer bagi memadam kebakaran di kawasan perindustrian Taman Seri Emas, di sini, hari ini.

Komander Operasi JBPM negeri, Penguasa Bomba Kanan II Abdillah Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian itu pada jam 12.38 tengah hari sebelum anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

ABDILLAH…anggota bomba terpaksa berulang-alik lebih satu kilometer bagi memadam kebakaran di kawasan perindustrian Taman Seri Emas,

 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar seluas 1.6 hektar.

“Bagaimanapun operasi pemadaman berdepan cabaran kerana dalam cuaca panas serta kering ini, tiga jentera bomba berulang-alik ke pili bomba berhampiran sejauh satu kilometer.

“Di laluan ke lokasi kejadian, tiada pili bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kawasan belukar di kawasan perindustrian Taman Seri Emas, Telok Mas.

Mengulas lanjut, Abdillah berkata anggota bomba turut berdepan dengan kesukaran untuk memadam kebakaran kerana lokasi kejadian berhampiran dengan kawasan pencawang elektrik selain terdapat beberapa premis perniagaan dan sekolah.

Justeru katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati pada musim cuaca panas terutamanya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan punca kebakaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1132
Kongsi :
Previous post KKMM bakal tubuh unit komunikasi OKU
Next post Sijil vaksinasi pintar sebagai pengesahan terima suntikan COVID-19
Ubah saiz-+=