Sijil vaksinasi pintar sebagai pengesahan terima suntikan COVID-19

Masa Membaca:58 Saat

PUTRAJAYA 3 Mac. – Malaysia akan mengeluarkan sijil vaksinasi pintar sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan sijil tersebut diterima oleh negara lain.

“Saya telah adakan persidangan secara maya dengan pihak WHO berhubung perkara ini dan sijil ini akan dikemas kini bagi memastikan ia memenuhi piawaian antarabangsa.

“Dalam masa sebulan kita akan laksanakan sijil ini sebagai pengesahan penerimaan suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata pengurusan suntikan vaksin COVID-19 di hospital swasta masih dalam proses perbincangan.

Ketika ini katanya hanya hospital kerajaan menyediakan suntikan vaksin itu secara percuma.

“Jika hospital swasta ingin menjalankan vaksinasi, pihak mereka perlu menggunakan saluran seperti Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia serta beberapa persatuan untuk proses libat urus,” katanya yang menjangkakan perkara itu akan diputuskan pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post Bomba ulang-alik lebih 1 km padam kebakaran
Next post Pelabelan kandungan natrium pada produk diwajibkan mulai Julai 2022
Ubah saiz-+=