Pelabelan kandungan natrium pada produk diwajibkan mulai Julai 2022

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PUTRAJAYA 3 Mac. – Kerajaan akan mewajibkan pelabelan kandungan natrium pada pembungkus makanan berkuat kuasa Julai 2022, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya undang-undang itu yang telah diwartakan Julai lalu adalah strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggalakkan orang awam mengurangkan pengambilan garam atau natrium dalam kehidupan seharian.

“Buat masa ini, kita memberi tempoh masa kepada pengusaha industri makanan untuk mengubah label produk masing-masing sebelum berkuat kuasa sepenuhnya,” katanya selepas sesi interaksi Kementerian Kesihatan dan pengamal media sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia, di sini hari ini.

Label nutrien pada sesuatu produk yang diwajibkan pada masa ini ialah tenaga, karbohidrat, jumlah gula, protein, dan lemak.

Dr Noor Azmi berkata rakyat boleh bertindak membuat sedikit perubahan bagi mengurangkan pengambilan garam seterusnya mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Penggunaan garam beriodin juga diberi penekanan bagi mencegah masalah gangguan kekurangan iodin (IDD), namun ia juga perlu patuhi saranan (pengambilan garam) kurang daripada lima gram sehari.

Sentiasa baca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium (sodium) sebelum membeli makanan, utamakan masakan yang dimasak di rumah, dan hadkan pengambilan garam,” katanya.

Menurutnya, KKM juga melaksanakan Program Pengiodinan Garam Secara Universal yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Penggunaan garam beriodin merupakan salah satu intervensi kesihatan awam dalam kalangan masyarakat bagi mencegah dan mengawal masalah kesihatan akibat IDD seperti gangguan pertumbuhan kognitif dan fizikal bayi serta kanak-kanak, goiter, dan gangguan kesuburan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

410
Kongsi :
Previous post Sijil vaksinasi pintar sebagai pengesahan terima suntikan COVID-19
Next post Menteri pendidikan gesa calon SPM 2020 kekal fokus dan tenang
Ubah saiz-+=